TERMA SYARAT & POLISI

* Sekiranya anda tidak sempat membuat bayaran pada tarikh akhir kerana kesibukan, mohon emelkan pada kami untuk di maklumkan sebelum tarikh yang tertulis.

1) Deposit komitmen sebanyak RM 6,000.00 (non-refundable) mesti dijelaskan semasa pendaftaran. Pendaftaran hanya akan disahkan setelah deposit tersebut diterima oleh pihak penganjur.

2) Seandainya berlaku pembatalan atau penarikan diri selepas pembayaran deposit komitmen dan pengesahan pendaftaran, deposit komitmen tidak akan dipulangkan.

3) Peserta ganti adalah dibenarkan tanpa caj tambahan. Penggantian peserta perlu dimaklumkan secara bertulis / emel kepada pihak penganjur selewat-lewatnya 10 hari sebelum program berlangsung.

4) Baki yuran setelah ditolak jumlah deposit hendaklah dijelaskan mengikut jadual bayaran ansuran, dan bayaran akhir pada tarikh seperti dimaklumkan.

5) Sekiranya peserta gagal menjelaskan baki yuran pada tarikh akhir bayaran, pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan tersebut dan deposit komitmen tidak akan dikembalikan.

6) Peserta yang sudah disahkan pendaftaran dan telah menjelaskan yuran penuh tetapi tidak menghadirkan diri, yuran tidak akan dikembalikan. Penyertaan tidak boleh dibawa ke sesi berikutnya.

7) Pihak penganjur berhak menukar lokasi program, menjadualkan semula atau membatalkan program, sekiranya perlu. Namun jika terdapat sebarang perubahan, pihak penganjur akan memaklumkan seawal yang mungkin.