TERMA SYARAT & POLISI

* Sekiranya anda tidak sempat membuat bayaran pada tarikh akhir di atas kerana kesibukan, mohon emelkan pada kami untuk di maklumkan sebelum tarikh yang tertulis.

1) Untuk 1+1 Pax, hanya seorang peserta yang diwajibkan mengambil ujian CIMP dan akan menerima sijil CIMP. Tetapi kedua-dua peserta digalakkan hadir keseluruhan program.

2) Setiap peserta CIMP WAJIB menghadiri sepenuhnya program CIMP, sehingga tamat sesi coaching, termasuk sesi penilaian akhir dan lulus sekurang-kurangnya 80% dalam penilaian akhir CIMP.

3) Mengetahui bahawa sekiranya tidak lulus, peserta tidak akan dapat memperolehi sijil CIMP (Certified Internet Marketing Practitioner).

4) Tidak dibenarkan peserta baru mendaftar ke program, setelah sesi hari kedua bermula.

5) Klien dinasihatkan untuk menetepkan syarat & terma ikatan kontrak atau “bonding” dengan tim / pegawai yang terpilih untuk menyertai CIMP, atas 2 perkara berikut:

  • Peserta perlu bersetuju atas tempoh “bonding” bersama syarikat, minima 1 tahun.
  • Peserta perlu bersetuju untuk memenuhi semua KPI yang akan dipersetujui bersama dalam CIMP sepanjang tempoh yang dinyatakan. (Nota: KPI akan dibincang & dipersetujui bersama dalam sesi CIMP).

6) Syarat utama CIMP memerlukan penyertaan dari Pihak Pengurusan tertinggi syarikat & tim Jualan (Sales) / Pemasaran (Marketing).

7) Sebarang “license” bagi aplikasi, “plugins” atau “theme” yang diberikan di dalam program bersifat sementara, dan klien akan membeli “license” baru sebagai hak milik syarikat, dalam tempoh 30 hari setelah tamat program.

8) Kos bagi perkara berikut perlu disediakan oleh pihak klien, atas nasihat dari “Consultant” Minda Trafik (Rujuk dokumen Tools&AssetsForCoaching.pdf):

  • Hosting
  • Domain
  • Theme
  • Plugins
  • Payment Gateway
  • Lain-lain perkara tambahan yang diperlukan ketika proses membina ekosistem

9) Untuk sebarang modul pengiklanan (contohnya: Fb Ads / Google Ads), klien perlu bersedia dengan kad debit / kad kredit milik syarikat.

10) Deposit komitmen sebanyak RM 6,000.00 (non-refundable) mesti dijelaskan semasa pendaftaran. Pendaftaran hanya akan disahkan setelah deposit tersebut diterima oleh pihak penganjur.

11) Seandainya berlaku pembatalan atau penarikan diri selepas pembayaran deposit komitmen dan pengesahan pendaftaran, deposit komitmen tidak akan dipulangkan.

12) Peserta ganti adalah dibenarkan tanpa caj tambahan. Penggantian peserta perlu dimaklumkan secara bertulis / emel kepada pihak penganjur selewat-lewatnya 10 hari sebelum program berlangsung.

13) Baki yuran setelah ditolak jumlah deposit hendaklah dijelaskan mengikut jadual bayaran ansuran seperti di atas, dan bayaran akhir pada tarikh seperti dimaklumkan di atas.

14) Sekiranya peserta gagal menjelaskan baki yuran pada tarikh akhir bayaran, pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan tersebut dan deposit komitmen tidak akan dikembalikan.

15) Peserta yang sudah disahkan pendaftaran dan telah menjelaskan yuran penuh tetapi tidak menghadirkan diri, yuran tidak akan dikembalikan. Penyertaan tidak boleh dibawa ke sesi berikutnya.

16) Pihak penganjur berhak menukar lokasi program, menjadualkan semula atau membatalkan program, sekiranya perlu. Namun jika terdapat sebarang perubahan, pihak penganjur akan memaklumkan seawal yang mungkin.