Skip to main content

Bermula 2023, GERAN INI TELAH DIHENTIKAN & TIDAK LAGI DITAWARKAN.

 

Geran RM5,000

Berita baik buat pemilik perniagaan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menawarkan Geran Padanan Pendigitalan PKS sehingga RM5000 sebagai peluang untuk mendigitalisasikan perniagaan anda. Dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Senarai Servis Yang Ditawarkan

Pembangunan Website & Sistem E-Commerce

Termasuk Payment Gateway

Bermula Dari RM10,000 Hingga RM14,000
Untuk Setiap Projek
Termasuk Theme, Hosting & Domain untuk setahun (Percuma)

Amaun Geran : RM5,000
Baki Bayaran Yang Perlu dilengkapkan Oleh Klien: RM5,000 – RM9,000

Mohon Sekarang

SEO (Search Engine Optimization)

Google Listing Secara Percuma

Bermula Dari RM10,000 Hingga RM20,000
Untuk Setiap Projek (Projek 6 Bulan)

Amaun Geran : RM5,000
Baki Bayaran Yang Perlu dilengkapkan Oleh Klien: RM5,000 – RM15,000

Mohon Sekarang

Google Advertising

Google Listing Secara Berbayar

Servis Pengurusan Google Ads (Keyword Search) selama 3 Bulan + Campaign Material Preparation (Keywords/Copywriting) = RM10,000 (Tidak Termasuk Kos Bajet Iklan)
Minima Kempen 3 Bulan

Amaun Geran : RM5,000
Baki Bayaran Yang Perlu dilengkapkan Oleh Klien: RM5,000

Mohon Sekarang

Facebook Ads

Facebook Marketing Secara Berbayar

Servis Pengurusan FB Ads selama 3 Bulan + Campaign Material Preparation (Media/Copywriting) = RM10,000 (Tidak Termasuk Kos Bajet Iklan)
Minima Kempen 3 Bulan

Amaun Geran : RM5,000
Baki Bayaran Yang Perlu dilengkapkan Oleh Klien: RM5,000

Mohon Sekarang

Mohon Sekarang Dan Digitalisasikan Bisnes Anda

Harap Maaf. Permohonan Telah Ditutup

Terma & Syarat

Kelayakan PKS/SME:

  • Tersedia untuk PKS dan Koperasi yang berdaftar di bawah undang-undang Malaysia yang berkaitan;
  • Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
  • PKS / Koperasi telah beroperasi sekurang-kurangnya (6) bulan; dan
  • PKS / Koperasi mempunyai perolehan jualan tahunan minimum RM50,000.

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.
  • Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.
  • Invois/resit Pembayaran dan perjanjian perkhidmatan (Service Provider) daripada pembekal perkhidmatan pendigitalan yang disenaraikan oleh MDEC.
  • Borang aplikasi Insiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan.
  • Salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM/Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).

Langkah Permohonan:

  • Pemilik perniagaan (PKS) mengisi borang daftar minat di sini untuk perkhidmatan digitalisasi dari Minda Trafik.
  • PKS akan dihubungi oleh Project Manager dari Minda Trafik dalam tempoh 2 hari bekerja – di mana Minda Trafik akan berikan anda borang rasmi permohonan geran dalam format pdf.
  • PKS perlu cetak (print) borang, lengkapkan dan tandatangan borang permohonan. Scan borang yang telah ditandatangani.
  • Sediakan semua dokumen yang diperlukan.
  • Emelkan borang (yang telah di isi & tandatangan) & semua dokumen ke mira@mindatrafik.com.
  • Minda Trafik akan proses & hantar borang permohonan berserta dokumen sokongan kepada Bank.
  • Setelah permohonan PKS diluluskan, PKS akan dihubungi oleh bank untuk hadir ke bank bagi proses tandatangan penerimaan geran.
  • PKS perlu lengkapkan baki jumlah invois setelah menolak jumlah subsidi yang diberikan dari inisiatif untuk setiap perkhidmatan digitalisasi kepada Minda Trafik.
  • Bank akan membuat pembayaran terus 50% atau sehingga RM5,000 kepada Minda Trafik.
  • Projek boleh bermula setelah Minda Trafik menerima bayaran geran dari Bank.

Nilai Geran Sebanyak

RM5000

Boleh Dituntut Oleh Klien Minda Trafik

Soalan Lazim

Siapakah Technology Service Provider (TSP)?

Technology Service Provider (TSP) adalah syarikat teknologi tempatan yang terpilih untuk membantu PKS Malaysia dalam transformasi digital di bawah Geran Padanan Digitalisasi Perniagaan PKS.

Sekiranya syarikat mendaftar untuk 2 tahun dan tempoh pembayaran adalah setiap suku tahun, adakah BSN / SME BANK akan menerima permohonan tersebut?

Ya, jika mereka memenuhi kriteria. Walau bagaimanapun, pembayaran setiap suku tahun mungkin merumitkan dan pembayaran 1 tahun lebih disarankan.

Sekiranya syarikat memohon 2 jenis penyelesaian, adakah mereka perlu mengemukakan 2 permohonan?

Tidak. Hanya 1 permohonan yang boleh diterima dan sehingga 3 penyelesaian dengan pemberian maksimum geran RM5K.

Sekiranya syarikat memohon dari pelbagai TSP, adakah mereka perlu memohon beberapa aplikasi?

Tidak. Hanya 1 aplikasi dan penyelesaiannya tidak boleh sama dari 1 TSP dengan yang lain.

Bolehkah syarikat memohon penambambaikan dari perisian / solusi sedia ada?

Permohonan ini hanya untuk penyelesaian baru dan bukan untuk versi atau penambahbaikan baru. Tujuannya adalah agar syarikat dapat menggunakan teknologi baru.

Siapa yang akan memohon geran?

PKS akan memohon geran tersebut.

Adakah PKS perlu membayar 50% kepada TSP sebelum mendapat kelulusan dari SME BANK / BSN?

Ya, kerana pihak bank memerlukan bukti bayaran 50% dari PKS sebelum bayaran geran diberikan kepada TSP.

Adakah boleh diterima sekiranya invois dari vendor pihak ketiga?

Program ini antara PKS dan TSP yang di dalam ekosistem. Invois hendaklah dari TSP terpilih sahaja.