Grant Processing Fee
RM1,000.00
- Syarikat pemohon wajib mempunyai perkara utama berikut:
- Sijil SSM
- Office/Premise
- Lesen PBT
- Penyata Bank : 3 bulan terkini
- Dokumen Perjanjian Sewa Beli Premis
- Pemohon mestilah dari salah seorang pengarah syarikat & berumur di bawah 60 tahun
- Syarikat bumiputera Melayu (Salah seorang ahli lembaga pengarah dalam syarikat MESTI berstatus Bumiputera Melayu)
- Amaun RM1,000 yang dibayar ini adalah transaksi antara syarikat anda & Minda Trafik sebagai bayaran pemprosesan dokumen & sesi konsultasi.
- Amaun RM250 akan diberikan sebagai pulangan tunai (cashback) apabila syarat-syarat berikut dipenuhi:
- Projek PERLU diselesaikan dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh geran diluluskan. Anda bersetuju untuk memberi kerjasama untuk SELESAIKAN PROJEK dalam tempoh ini.
- Syarikat anda akan menghantar borang & dokumen yang diperlukan ke Pejabat Daerah MARA mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Minda Trafik
- Pulangan tunai akan dimasukkan ke dalam akaun yang di daftarkan di bawah.
- Sekiranya permohonan geran syarikat anda berjaya, amaun RM250 ini akan diberikan dalam tempoh 30 hari setelah Minda Trafik mendapat bayaran penuh dana dari agensi terlibat.
- Sekiranya anda telah penuhi semua syarat, tetapi permohanan geran anda tidak berjaya, amaun RM250 akan dipulangkan dalam tempoh 30 hari. Pengiraan tarikh bermula dari tarikh anda menghantar bukti pengesahan kegagalan permohonan dari agensi terlibat.
- Sekiranya kegagalan memperolehi geran disebabkan kecuaian atau kelewatan dari pihak syarikat anda tanpa sebarang makluman / persetujuan dari Minda Trafik, maka tiada pemulangan yuran akan dilakukan.
- Sekiranya syarikat anda menarik diri dari menghantar permohonan atau membatalkan permohonan sebelum keputusan dimaklumkan, tiada pemulangan yuran & pulangan tunai yang akan diberikan.
- Sekiranya setelah membuat bayaran, syarikat anda didapati tidak dapat memenuhi syarat perkara utama yang telah dinyatakan di atas, tiada pemulangan yuran & pulangan tunai yang akan diberikan.
- Servis yang akan diberikan adalah berdasarkan amaun geran yang akan diluluskan oleh MARA.
In stock
Saya Ada Soalan Sebelum Membeli

